31/05/15

Tempahan Edit Blog Hazy


SALAM
Alhamdulillah...Siap sudah blog Adik hazy ni..Terima kasih beri kepercayaan kt Mas untuk edit blog dia..terima kasih..





Sekian...wsalam..



Tutorial Pakai Shawl

Salam w.b.t.. Hari ni nak share sikit cara pakai shawl dengan mudah dan tk pening kepala nak lilit2..

Style 1 


Style 2


Style 3



Style 4


Selamat Mencuba ..


Sekian...


30/05/15

Video Raya : Geli Hati Tengok



Video Raya : Geli Hati Tengok | Salam. geli nya hati tengok video ni...tak percaya...play la...tgk..

Lepas play confir korang tak play dah..hahaha.

Sekian..



Template Anugerah Terindah for you

Salam

Cara nak ambil kod :
Step 1 : Template > html edit > delete semua kod >copy kod dibawah & pastekan 
Sekian.

Selfie pakai purdah vs selfie tak pakai purdah




Selfie pakai purdah vs selfie tak pakai purdah| Dua golongan ini sebenarnya sama sahaja. Yang beza cuma sehelai kain yang menutup muka. Attitude sama, suka selfie dan suka tunjuk pada orang. Kalau tak suka selfie dan tak tunjuk pada orang, lagi bagus. Selfie kemudian tilik sendiri. Orang bukan nak tengok sangat muka kita. Motif sangat selfie kemudian letak kata-kata islamik. Salam empat rakaat, salam kahfi, salam jumaat, salam iftar dan sebagainya. Motif?

Sekian..

Novel Dalam Keterpaksaan


Dalam Keterpaksaan | Salam w.b.t. Novel Dalam Keterpaksaan yang ditulis oleh Ieya Sya & diterbitkan oleh Penulisan2u berharga: RM31(Semenanjung) // RM34(Sabah & Sarawak)

Sinopsis Dalam Keterpaksaan-Ieya Sya
Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!
Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.
Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.
“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.
“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”
“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.
“Pandai pun.” – DANISYA.
Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu!
Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.
Tapi…
Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?
Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?
Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

boleh dapatkan dimana-mana cawangan atau online segera..

sekian..


Novel Pelakon Cinta & Mr. G

PELAKON CINTA & MR. G | Novel ini dikarya oleh Anabella.. 

SINOPSIS PELAKON CINTA & MR.G - Anabella

Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!

Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...

Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa re
sah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.

“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.

“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…

Tajuk: Pelakon Cinta & Mr. G (P2U)
Penulis: Anabella
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-11208-5-9
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak)




Novel Jodoh Itu Milik Kita



(
JODOH ITU MILIK KITA | Novel ini telah diadaptasi menjadi sebuah drama yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad & Tiz Zaqiyah sebagai watak utama.

SINOPSIS JODOH ITU MILIK KITA - Sara Aisha

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…"

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun

kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" – Dahlia

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!" – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Penulis Sara Aisha telah di Wawancara oleh rancangan nasi lemak kopi O, Tv9 - 30/3/2012. Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH dan No 3 di carta Bestseller di POPULAR Minggu lepas. Sedutan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012

Judul : Jodoh Itu Milik Kita
Penulis : Sara Aisha
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM26
Sabah/Sarawak : RM29

Novel Siapa Orang Gajiku


SIAPA ORANG GAJIKU | SALAM W.B.T. Novel Siapa Orang Gajiku telah dihasilkan oleh Azimah Lily. Novel ini sudah ada di  pasaran.. dibawah Ada sinopsis novel ini

Sinopsis Novel Siapa Orang Gajiku-Azimah Lily
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tuj

uan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24

Novel Teduhan Kasih


TEDUHAN KASIH | Salam w.b.t. hari ni mas nak review sikit pasal novel teduhan kasih..seperti yang kita tahu, novel ini telah pun diadatasikan menjadi sebuah cerita yang dilakonkan oleh ADI PUTRA & digandingkan dengan watak heroin oleh Sherry Ibrahim

SINOPSIS TEDUHAN KASIH-MARISSA :
“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anakny
a, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Judul : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

27/05/15

Sambutan Hari Guru Peringkat Universiti


Selamat Hari Guru | Salam w.b.t .. hari ini telah berlangsungnya sambutan hari guru di peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris... Pada tahun ni..julung-julung kali-nya sambutan hari guru diadakan di sini  ..First time Mas sambut Hari guru di peringkat Universiti.. 

Tema hari guru tahun ini adalah : GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

apa yang di fahami oleh diri sendiri adalah perkembangan ilmu adalah  seiring dengan perkembangan akhlak yang lebih baik....

oleh itu, sebagai bakal pendidik. ewahh... Insyaallah bakal pendidik perlu menerapkan nilai-nilai yang murni dan akhlak yang baik untuk melahirkan generasi-generasi yang berwibawa pada masa akan datang.

*Sekitar majlis hari guru di UPSI




hahaha..dah habis baru nak tangkap gmbar...

Apa yang best, dapat bunga...hehehe..


Sekian..




20/05/15

Tempahan Edit Blog Nilam Himawari


Tempahan Edit blog Nilam Himawari | Salam. alhamdulillah akhirnya siap juga design blog sis Nil.. tkan image untuk tgk full view blog akk ni..
sekarang ada promosi..kepada siapa yg berminat utk design blog memasing..harga rm15 edit full blog..

Jika berminat, boleh hubungi saya di Facebook @ whatapp 0125403307



sekian.wsalam

15/05/15

Novel Kahwin Ganti



KAHWIN GANTI : Aifa Batrisya | Salam 1 Malaysia. Hari ni Mas nak share sedikit berkaitan novel Kahwin Ganti yang tgh hot di pasaran. Novel ini menduduki no 3 Carta MPH dan no 5 Carta POPULAR. dapatkan segera sebelum kehabisan.. *karya seni

Sinopsis Kahwin Ganti :

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!


Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

Dapatkan di MPH, POPULAR dan Boleh juga mula order secara online di www.karyaseni.my

Judul : Kahwin Ganti
Penulis : Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24

Sekian.



14/05/15

Novel Suami Aku Ustaz



(Menangi T-shirt Suami Aku di Sini )
Novel Suami Aku Ustaz | Assalamualaikum w.b.t sekarang tengah hangat di pasaran dan bakal menemui anda di pawagam iaitu Suami Aku Ustaz yang diadaptasi oleh Novel Suami Aku Ustaz-Hannah Dhaniyah

Sinopsis Novel Suami Aku Ustaz : 

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi
yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Untuk membeli novel ini, anda boleh dapatkan di :  Karya Seni : Suami Aku Ustaz

Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

sekian.



12/05/15

Collagen CC Cream Terbaik Daripada Raily

Collagen CC Cream Terbaik Daripada Raily | Assalammualaikum. Malam ni mas nak share sedikit produk iaitu produk Collagen CC Cream.

Huraian berkaitan Collagen CC Cream By Raily :
CC cream by Raily ini menggunakan Salmon Collagen bukan seperti produk-produk kecantikan yang terdapat di luar sana ia hanya menggunakan Talapia Collagen. Seperti yang kita tahu, Talapia Collagen ini mudah & senang di dapati di Malaysia berbanding dengan Salmon Collagen yang sukar diperoleh kerana ianya perlu di import terlebih dahulu dari luar Negara. Pihak Raily tidak kisah terhadap kos import yang mahal dan sukar untuk mendapatkannya kerana pihak Raily mahukan yang terbaik untuk pengguna kami. “Barang mahal takpe, janji memenuhi tahap kepuasan & keberkesanan pelanggan kita”. Pengguna sekaran bijak kan menilai kualiti dari kuantiti??

Khasiat Salmon Colagen :
  • 7 kali ganda lebih berkhasiat daripada talapia collagen
  • dapat mencerahkan kulit
  • membaiki dan mencantikkan struktur kulit yg rosak
  • menggebukan kulit
  • menghilangkan parut dengan berkesan tanpa ragu
  • mengurangkan garis halus (awet muda)
  • mangatasi masalah jeragat dan pigmentasi
  • mengurangkan penghasilan jerawat

 *Salmon fish collagen ni banyak diguna pakai di korea dan juga jepun..

Kelebihan Colagen Cc Cream :
  •  Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
  • Dapat meratakan tona kulit tidak sekata.
  • Melindungi kulit dari pancaran sinar UV dan UVB ( spf 50+).
  • Menganjalkan kulit (salmon colagen).
  • Merawat kulit wajah dari dalam (salmon colagen).
  • Dapat menutup cela di wajah.
  • Tidak melekit walaupun berada di tempat panas.
  • Kulit muka tidak berminyak walaupun di pakai sepanjang hari.
  • Tahan lama sehingga lebih dari 10 jam.
  • Dapat memudar dan menghilangkan bintik hitam dan bintik putih.
  • Dapat mencerahkan kulit wajah.
  • struktur yg sgt ringan lebih  kepada natural beauty bile memakai nya
  • merawat sel-sel kulit mati dari dalam.


Mari dapatkan  Collagen CC Cream segera di :
Instagram: @railycosmetic
Fb page : railycosmetic

Agent/stokis diperlukan si seluruh negeri
Sebarang pertanyaan / pembelian
Cod area shah alam / klang
Call / wasap 011-32958062


Harga Collagen CC Cream :
Semenanjung malaysia
Harga retail rm69.00
Harga promosi RM65.00
Berpeluang mendapat :
1 COLLAGEN cc cream + FREE postage + SPECIAL free GIFT

Sabah & Sarawak
Harga retail RM75.00
Harga promosi RM70.00
Berpeluang mendapat :
1 COLLAGEN cc cream + FREE postage + SPECIAL free GIFT

DAPATKAN sekarang SELAGI stock MASIH ada

STOK ADALAH TERHAD.



7/05/15

Inilah Sahabatku Dulu.. sekelip mata sahaja


assalamualaikum w.b.t
Mas ada buat sedikit video berkaitan seorang sahabat yang pernah hadir dalam hidup Mas..



Sahabat Dunia Akhirat..Terima Kasih


Thanks For Watching :)


6/05/15

Sedih Gila


Assalamualaikum
Image result for sedih

Bukan nak berdrama, tapi nak bercerita.
Mungkin salah aku.. Ye,,laaaa.salah aku..

Mas suka join contest,.... Then, kadang terlepas pandang pengumuman pemenang.. kadang takde masa nak cek, cuma harapkan pada  Penganjur contest  ..I'm always busy :( OMG.. aku suka cuai.. :'( .

Al kisah tadi :

try search keyword  kt google link blog ni ..bila search try la buka satu2.. Bila bukak blog , aik,,,,aku menang eh segmen ni.. kenapa penganjur tak bagitahu aku?? aku lalai ni.. Hmm.. (ayat sedapkan hati)

Merajuk sebulan.. sebab pe?? sebab banyak hadiah tak dituntut.. Tudung bawal plain & brooch, Long Dress, Topup 2x.. 

Pengajaran :
Lepas ni aku kene alert. sebab tak semua penganjur rajin nak terjah blog orang :) ..

Tapi dalam hati :

Baik : Sabar jela Mastura..kau cuai..
Jahat : Aku unfollow jugak syarat-syarat.. 

Kesedaran :
Ala, hadiah tu je pun.. nanti ada banyak lg contest menarik.. Ada rezeki kau disitu, Insyaallah Menang :)

Nasihat :
 As Penganjur, kalau ada pemenang tu, komen la kt blog pemenang bgtahu.. tak susah pun.. Kesian Pemenang.. Support Contest awak, tapi hmmm..


Sekian.wsalam

*sorry 







4/05/15

Gambar Awesome

Salam.. tadi duk belek2 facebook...tetiba jumpa gambar ni...Credit to :  3dfirstaid visual architecture's

Unik sangat gambarnya...Kreatif....

              
 
       


Unik & Kreatif.. Nak tengok lebih boleh tengok di Sini 


Sekian