27/06/15

Freebies Template Kisah Cik Rose


Salam..Sempena ramadan ni..Mas nak bagi satu lg freebies template blog utk awok semua...kalau sudi gunalah ya... tak cantik mana pn..tp saja bt utk isi masa terluang ini..hehe..

Cara Nak Guna :

Step 1 : Template > html edit > delete semua kod >copy kod dibawah & pastekan


Save..
Sekian..Selamat Mencuba..

DOAKAN MAS UNTUK DAPAT RESULT CEMERLANG..AMIN...




26/06/15

Kucing Paling Sedih di Dunia


Kucing Paling Sedih di Dunia | Hai..alahai...kucing ini..muka sedih je..hmm..walaupun sedih tetap comel..teringat pulak kes-kes penderaan ke atas kucing..kesian..yang lempar kucing dari tingkat 4 kebawh la..langgar lari la..hmm..macam2..kalau la kucing pandai bercakap..dah lama depa mogok..kesian lahai tengok kucing yang didera.. hmm..
Tgk gambar kucing ni..sedih je..geram pulak nengoknya.. haip..
Gambar credit : aliffchannel


Sekian..



25/06/15

Tempahan Edit Blog Nurul Faizah


Salam..Alhamdulillah...terima kasih kak faizah memberi kepercayaan kepada Mas utk mengedit blog akak.. 


Tempahan edit blog masih dibuka...berminat boleh pm mas di facebook @ whatapp 0125403307
Full edit rm15 ya...(promosi)

Sekian..wsalam




24/06/15

Tempahan Edit Blog Baju Muslimah Qaseh

Alhamdulillah..first job cuti semester ini..first job bulan ramadhan yang mulia ini..Alhamdulillah siap ... 

anda berminat untuk membuat tempahan edit blog?? Boleh PM mas di Facebook..
Harga rm15 shj..Full package..(promosi)


23/06/15

Rindu nak sebut "AYAH"

Rindu nak sebut "AYAH" | Salam w.b.t .. dah  15 tahun dah arwah ayah telah kembali ke rahmatullah... ayah Mas meninggal waktu Mas darjah satu (2001) ..Waktu tu budak memang tak tahu sangat "apa itu mati" ..ingat ayah pergi sekejap je dan kembali balik..Rupanya pergi dan tak kembali dah... 

Ayah pergi sehari sebelum puasa...Masih segar dalam ingatan...Wajahnya...Allah..Rindu nak sebut "AYAH" ..
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tempatkanlah ayahku dalam kalangan orang-orang beriman Ya Allah..
Aku merinduinya Ya Allah... Al-Fatihah
Ya Allah, Kau panjangkanlah umur ibuku..agar hambamu ini berpeluang dapat membalas balik jasa-jasanya menjaga ku dari kecil hingga dewasa ..
AMIN




22/06/15

Hadiah Shawl dari SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015


Salam w.b.t ..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini..terima kasih Ya Allah..
Hari ini Mas nak share hadiah giveaway yang Mas menang dari SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015, Mas telah memenangi shawl...Cantik shawl  nie.Mas suka..Kalau korang nak beli, korang boleh terjah blog online Cik Yaya . Pebagai jenis jualan shawl dan banyak lagi..
Testing jap...Hehehe..
acah-acah tak tgk camera...Terasa menyampah nengoknya...hahahaha..
Sesungguhnya, suka sangat shawl ini...Thanks Cik Yaya

Ok ...itu je...sekian..wsalam..

NUFFNANGERS WHO RECENTLY VIEWED MY BLOG



NUFFNANGERS WHO RECENTLY VIEWED MY BLOG | Salam... Terima kasih nuffnangers yang sudi singgah ke blog ini..terima kasih..Jom blogwalking senarai di bawah...

  1. http://petuanenek.com/
  2. http://ayuzan.com/
  3. http://nardnerd.blogspot.com/
  4. http://norshamimi.blogspot.com/
  5. http://feycasnowie.blogspot.com/
  6. http://pinkylaptop.blogspot.com/
  7. http://shalmilanadya.blogspot.com/
  8. http://syahirahvaliant.blogspot.com/
  9. http://mama3farhanah.blogspot.com/
  10. http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/




21/06/15

Followers Blog dah mencecah 1K





Followers Blog dah mencecah 1K | Alhamdulillah...Akhirnya followers blog dah mencecah 1K. Terima kasih sangat kepada yang sudi support Mas dari bawah hingga ke tingkat ini.. Orang lain dah banyak "K" dah la...Mas baru  1K.. Ini lah padah tak berapa nak aktif berblog..Hehehe..Terlalu sibuk sangat...Mas mula berblog since 2011...Lepas SPM..Waktu tu aktif jugak..sebab seronok sangat sampai dah masuk form 6.. Dah kurang berblog...dan tergendala sehingga suatu hari, tetiba dari hati yang dalam terfikir....apa dah jadi dengan blog...Hmm..Mula igt nak delete je..tapi tak jadi la..Sayang pulak..Aktif balik sejak akhir-akhir ini..hahaha.ini semua dorongan daripada rakan-rakan blogger...thanks again...

20/06/15

Pengalaman Cashout ChurpChurp

Cashout ChurpChurp | Salam w.b.t ..Hari ini mas nak share sedikit satu pengalaman buat duit online dengan churpchurp..Mas tahu korang di luar sana mesti dah pernah daftar kan?? Mas daftar lama jgk..sejak berblog rasanya since 2011...tapi tak aktif sangat..Pernah la merasa sebanyak (dlm gambar-kira sendiri la.) hehhe.. Tak banyak mana pun...

Kalau korang nak daftar boleh ke ChurpChurp .. ChurpChurp  merupakan satu laman web yang memberi peluang kepada masyarakat di luar sana menjana pendapatan dengan online..Pengguna dapat menggunakan media sosial yang ada untuk mempromosikan iklan-iklan yang aktif..Setiap iklan adalah RM0.20 per click..

Untuk cashout duit ChurpChurp ini, ia mengambil masa selama sebulan untuk memprosesnya.. Pihak ChurpChurp akan menghantar sekeping cek ChurpChurp dan anda boleh tebus di bank-bank yang anda suka!!


nak Cakap itu aje...sekian..hehehe..Nak tanya pape ..boleh Pm mas terus okay...kat mana2 pn boleh..

Sekian...

Drama Istimewa Ramadhan

Pautan kekal imej terbenam

Drama Cik Bunga dan Encik Sombong | Disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD setiap hari Isnin-Khamis pada jam 9 malam. Dilakon oleh pelakon Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Drama ini telah diadaptasi daripada Novel Cik Bunga dan Encik Sombong-Airisz.


Sinopsis drama ini :
Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. 

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

Sekian..


Kenapa Tak Boleh Komen??

Assalamualaikum w.b.t

Sesudah sahur tadi, Mas pun blogwalking la peserta-peserta segmen yang join segmen...Tetibe...
tergendala pulak..Kenapa ek...blog Mas ni tak de butang nak komen.dan ruang nak komen pn tak ade.. Habis blog musnah...hahaha*ayat...Tukar template bagai..ingatkan template blog Mas bermasalah..Berhenti blogwalking kejap..godek-godek punya godek..finally..i get it..Fuhhh..berbaloi...
Tapi..yang hancur nya template blog..nak kene ubah sikit-sikit..Nanti Mas sambung blogwalking blog korang ya....hehehe...

Cara nak kembalikan kotak komen..
pergi ke post dan pilih option dan tick allow comment..
contoh dalam gambar di bawah..
Betapa gila nya sorang-sorang tadi lepas sahur.... *dlm hati..patut la bila up entry xde sorang pn komen..igt syok sendiri td..Hahaha *perasaan mcm org nk komen je..

Sekian.wsalam
(Doakan Mas 3.0 Keatas sem 2..Amin.)

19/06/15

Tutorial Letak Scroll Bar di Blog Archieve

Letak Scroll Bar Di Blog Archieve

  • Pergi ke Template dan Pilih Edit Html
  • Cari Kod ini <div id='ArchiveList'>   *tekan keyboard ctrl + F serentak
  • Copy Kod ini <div style='overflow:auto; width:ancho; height:250px;'> Dan Pastekan di Atas kod <div id='ArchiveList'>
  • Kemudian cari kod ini <b:include name='quickedit'/ dan pastekan kod ini </div> bawah kod  <b:include name='quickedit'/
  • Tengok Contoh Gambar di bawah

*harap-harap faham la noh..


Sekian.wsalam


18/06/15

REVIEW : Hadiah Segmen yang dah sampai


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...balik rumah tadi tengok hadiah-hadiah menang daripada beberapa contest yang dianjurkan sudah sampai... Masih menanti lagi hadiah yang sedang di pos..hehehe... 
Amacam Puasa hari ini?? Okay...Alhamdulillah...

 Yang ini merupakan hadiah daripada Kameq Deanna..Beliau telah menganjurkan sebuah contest yang bernama : GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA .Mas telah memenangi Majalah Anjung Seri..Terima Kasih Kameq Deanna..

 Seterusnya, ini hadiah daripada Blog Sihat Zumal ..Hadiah ini Mas rasa dah lama sampai..tapi disebabkan Mas tiada dirumah....tak boleh nak review kat blog..Sorry.baru dan nak tengok..sebab cuti tak balik rumah :'( ...Terima Kasih Zumal....sebab anjurkan Segmen Kekal Sihat Bersama Maca Tongkat Ali Extra .. Insyaallah Nanti Mas try Maca Cafe Ali ini...Cuba memahami apa yang Zumal tulis...hehehe..Tulisan doktor...

Akhir sekali ini hadiah daripada Sis Nuha ..Mas telah memenangi 30 resepi juadah berbuka puasa daripada Mini Giveaway By Nuha.. Banyak sangat resepi sedap2 yang terdapat dalam buku ini...Insyaallah... nanti try masak 1 resepi yang terdapat dalam buku ini...


Masih menanti hadiah  yang sedang di pos...tak sabau nau teman...hehhehe
Terima kasih pengajur-penganjur.Sponsor...Blogger...


Sekian.wsalam

17/06/15

End Of Semester 2


Assalamualaikum w..b.t
Alhamdulillah, tamat sudah sesi pembelajaran utk semester dua..selepas habis paper falsafah ilmu semalam maka tamatlah semester dua Mas di sini.. Dalam hati tak keruan, sebab nak balik,nak tgk mak, nak tgk abg,nak tgk anak buah, nak puasa, nak beli baju raya, dan nak raya...kah3..yang paling penting Esok tepat jam 8 pagi dah gerak balik Gerik... hehehe...Selepas habis kelas..bergambar ler dulu...hehe...Jangan Kata Hakak tak Payung nah..hahaha..


YANG BJU MERAH TU SEMESTER SATU....SEBALIKNYA TU SEMESTER DUA LA..HEHEHE

SELEPAS HABIS EXAM..KELUAR AWAL SBB EXCITED NK HBS...EKEKE


cuti semester kali ni agak panjang...Bulan 9 baru masuk balik utk semester 3..mesti rindu depa2 ni semua...

last nak cakap :
  
Saya & keluarga ingin memohon ampun dan maaf atas kesalahan yg dilakukan pd semua sahabat ukhuwah fillah samaada secara sedar atau tidak kerana :
..1 hari lagi Ramadhan kan tiba
..1 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH... 
..1 hari lagi DOA menjadi Ijabah...          
..1 hari lagi PAHALA di lipat gandakan... 
Tapi....
..Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf yang tulus dalam keikhlasan dari semua saudara2ku ukhuwah fillah... Izinkan kedua telapak tangan saya bertengkup memohon maaf, Untuk: 
..Lisan yang terlanjur... 
..Janji yang terabaikan... 
..Hati yang berprasangka..dan  
..Semua sikap yang menyakitkan...
??  lidah mulut yg terumpat
Marhaban yaa ramadhan....
Mohon maaf atas kekhilafan


Sekian ...wsalam...




12/06/15

Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Quran Sejak Kecil

Salam..Alhamdulillah..tahniah kerana anda salah seorang insan yang terpilih kerana mencari artikel ini...Hri ini Mas nak share Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Quran Sejak Kecil


1. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, petang, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan kaedah yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2


2. Diatas 2 tahun
-Kaedah sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, mis dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan murattal

3. Diatas 4 tahun
-Mulai atur fokus dan waktu untuk menghafal serius
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari

BC dari Ustdz Ahmad Al Hafidz

Sekian.wsalam


10/06/15

Tempahan Edit Blog Emma Diana


Salam ...Alhamdulillah...Dapat order dari Sis Emma...Terima kasih tau order...Walaupun Sdg menghadapi final exam...bisnes still jalan..hehe..Wish Me Luck For Final Exam...




Sekian.wsalam




Terima Kasih Blogger

*tiada kaitan.saja semakkan entry (dlm dewan exam petang tadi) #sejuk

Mastura Aziz | Assalamualaikum…Alhamdulillah..selesai sudah jawab first paper for final exam.. dan nak update blog sekejap. Alhamdulillah ..terima kasih kunjungan daripada rakan-rakan blog ke blog Mas…Mas akan bls kunjungan awok-awok semua..doakan Mas untuk paper seterusnya..doa kalian..amat dihargai…thanks… 

Nak Kabo ni..

Mas ada menang dari beberapa giveaway yang dianjurkan daripada blogger-blogger hok comel lotey….tetapi nya..Mas x boleh nak review lagi hadiah korang bagi kat Mas…sebab hadiah tu..Mas bg alamat dekat rumah Mas…sekarang Mas tiada di rumah..So,,,lepas exam final ni…*dalam bulan puasa, Mas akan review kesemua hadiah yang Mas peroleh daripada Penganjur-penganjur segmen dan sponsor-sponsor hok baik hati..Sekarang Mas tiada di rumah..Maaf…Orang lain dah dapat tgk dah hadiah..tapi..Mas..hehe…Hadiah masih berbungkus…duk dirumah..Tak sabau nau nak balik cuti semester ni…

Terima kasih kepada blogger-blogger yang terus support Mas dalam dunia blogger…

Semoga awak dimurahkan rezeki…dan bahagia selalu..Insyaallah ..Amin

Sekian.dulu..Wsalam



9/06/15

Novel Bila Terlajak Sayang




Novel Bila Terlajak Sayang - Umie Nadzimah | Novel ini merupakan novel sambungan kerana terpaksa aku relakan yang telah diadaptasi kepada sebuah drama.

Sinopsis Novel Bila Terlajak Sayang - Umie Nadzimah 

INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN
“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” - INDAH HALINA

“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” - TAJUL RAZIN

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang.

“Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi... Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sepenuh hati, bro.” - TAJUL FAHIN

Akhirnya Tajul Fahin masuk campur semula. Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilupakan. Tetap terkesan dalam hatinya walaupun dia cuba menidakkan perasaan itu. Jika pengorbanannya dulu tidak dihargai, tidak salah dia mengambil semula cinta itu.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka apabila tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora? Adakah kali ini mereka terpaksa melepaskan cinta mereka dan merelakan segala yang berlaku?

Judul : Bila Terlajak Sayang
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


Sekian.


7/06/15

Tempahan Edit blog Eiyya


Salam w.b.t | Alhamdulillah siap sudah blog adik comel ni :)




sekian.




6/06/15

Design Baju Raya Aidilfitri 2015



Salam..tadi scroll kt Facebook..Jumpa benda alah ni..lawak ter...hahaha...

cantik plak...tgk..

Sekian..

hehe



5/06/15

Akan Datang Slot akasia Dahlia Adaptasi Novel Eksperimen Cinta

Salam | Hai semua... tak lama lagi akan ada cerita baru di slot akasia dahlia TV3.. yang bertajuk : Eksperimen Cinta. Drama ini diadaptasi daripada sebuah Novel yang dikarya oleh Anjell.
Drama ini akan ditayang pada Sabtu dan Ahad jam 7.00 Malam.. Drama ini digandingkan dengan hero malaya kita..HUHU... iaitu Fahrin Ahmad & heroinnya adalah Izreen Azminda..


Gambar credit : Drama/Filem Adaptasi Novel

tak sabau nau den nak tengok..kalau lah Lee Min Ho yang berlakon.. Kan...Lagi best..hahaha


Ok..xnak cakap banyak..

Sekian..



4/06/15

Novel Eksperimen Cinta

Image result for novel eksperimen cinta karya seni

Novel Eksperimen Cinta | Salam..Hari ini Mas nak review sedikit pasal novel ini..Jika Korang berminat untuk membeli nya boleh layari di Karya Seni utk lebih Lanjut..


Sinopsis Novel Eksperimen Cinta-Anjell

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. BerjayakahTengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?


Best kan..tengok tajuk pun best.. 


Sekian..



#wishmeluck #forFinalExam






Tempahan Edit blog Fiza


Alhamdulillah..siap sudah..

3/06/15

Tudung Bawal Yuhanis Murah


Salam w.b.t | seperti entry yang lalu Mas ada cakap yang 2 jun sehingga 5 jun sedang berlangsungnya pesta konvokesyen di Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Minggu depan Final exam.. So, untuk hilangkan kekusutan nak exam tadi Mas pergi ke pesta ini untuk melihat apa yang menarik.. macam-macam ada...tapi yang tak tertariknya adalah..sekarang hujung sem..pitih kering.. HaHa... ok.back to the topic... pasal Tudung Yuhanis (bawal Satin) selalu nya kalau yang original mahal kan..tadi Mas pergi satu kedai dekat area Pesta Konvokesyen, ada kedai tudung-tudung.Baju-baju..cantik.. Tetiba Masuk sebuah kedai ni..Mas tgh cari lama dah tudung ni :).. tapi mahal kan..yang ini ori tau...tp harga muraah...kalau harga  sempena Pesta Konvokesyen ini berjumlah Rm10( Harga Student) .. tapi Mas tanya dia kalau beli luar pada ini berapa..?? dia cakap Rm15...(kalau borong mungkin murah lagi) Murah la tu nak berbanding dengan yang lain sampai Rm20 pn hado..kan jimat tu... kalau korang nak beli online.. boleh ke Tulip Seri Fashion. Kain tudung tu sebijik macam tudung Yuhanis..& original.. So,,jgn ragu-ragu lagi.. Ewah ayat kau!!kelas kau Jah...

TD45-0002
*credit gambar Tulip Seri Fashion


 Gambar Di pesta konvo dan kedai tu...

Gambar credit kepada Tulip Seri Fashion





Sekian



Eh, dah dapat glitteriti #nuffnang


Alhamdulillah..setelah buang akaun blog yang tak aktif tu..terus dapat glitteriti daripada mR. Nuff..

thanks..


Sekian..haha


Wish Me Luck For Final Exam..




Baju Melayu terlampau UPGRADE


Baju Melayu terlampau UPGRADE | Salam... zaman sekarang dah banyak benda pelik-pelik. Disini Mas nak share baju melayu yang terlampau Upgrade...Nak jimat kain ke ni...

Haish..terfikir pulak ..tahun 2020 nanti..acano la ngupe baju tahun tu..

hahaha..

tak nak komen pape..

sekian..




Terjawab Sudah Kenapa Status masih non Glitteriti #nuffnang


Non Glitteriti | Salam.. Alhamdulillah segala kekusutan sudah terjawab..padahal sudah lama submit tiket dekat nuff nang..tapi baru diberi peluang untuk buka.. hehe :) Baru tak baru la juga, Mas ada submit tiket untuk Mr Nuff... then...Mas tanya sedikit berkaitan status non-glitteriti..

*susahnya nak dapat...

tapi..hari2 update...pengunjung ada la 2 3 orang..kah3.

yang tu pelik..

sekrang Mas dah tahu sebab apa...sebabnya mas letak link blog 2..blog lagi satu tak aktif langsung..

hmm..patut la tak dapat..sekrang masih berharap MR Nuff bagi I glitteriti..

hiks....


Nak bgtahu tu je..

sekian..




2/06/15

Tempahan Edit Blogshop Zaza Zehra

Salam w.b.t

Alhamdulillah..Siap jgk tempahan edit blogshop  Kak Zaza Zehra...




Jika berminat, boleh hubungi saya di Facebook @ whatapp 0125403307 
SEKIAN..


Wanita Mengandung elok amal surah ini


Surah yang patut diamalkan oleh wanita mengandung | Salam.. Hari ni Mas nak share sedikit Surah-surah yang sesuai di amalkan oleh wanita yang mengandung.. Mas ada terbaca benda ini di facebook... So, mas nak share sedikit berkaitan Surah yang patut ibu mengandung amalkan..Antaranya adalah :

* Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
* dan sebagainya.


Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Credit to : Wanita Perfect


Sekian..Wsalam