30/05/15

Novel Teduhan Kasih


TEDUHAN KASIH | Salam w.b.t. hari ni mas nak review sikit pasal novel teduhan kasih..seperti yang kita tahu, novel ini telah pun diadatasikan menjadi sebuah cerita yang dilakonkan oleh ADI PUTRA & digandingkan dengan watak heroin oleh Sherry Ibrahim

SINOPSIS TEDUHAN KASIH-MARISSA :
“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anakny
a, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Judul : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

27/05/15

Sambutan Hari Guru Peringkat Universiti


Selamat Hari Guru | Salam w.b.t .. hari ini telah berlangsungnya sambutan hari guru di peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris... Pada tahun ni..julung-julung kali-nya sambutan hari guru diadakan di sini  ..First time Mas sambut Hari guru di peringkat Universiti.. 

Tema hari guru tahun ini adalah : GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

apa yang di fahami oleh diri sendiri adalah perkembangan ilmu adalah  seiring dengan perkembangan akhlak yang lebih baik....

oleh itu, sebagai bakal pendidik. ewahh... Insyaallah bakal pendidik perlu menerapkan nilai-nilai yang murni dan akhlak yang baik untuk melahirkan generasi-generasi yang berwibawa pada masa akan datang.

*Sekitar majlis hari guru di UPSI




hahaha..dah habis baru nak tangkap gmbar...

Apa yang best, dapat bunga...hehehe..


Sekian..