30/05/15

Novel Siapa Orang Gajiku


SIAPA ORANG GAJIKU | SALAM W.B.T. Novel Siapa Orang Gajiku telah dihasilkan oleh Azimah Lily. Novel ini sudah ada di  pasaran.. dibawah Ada sinopsis novel ini

Sinopsis Novel Siapa Orang Gajiku-Azimah Lily
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tuj

uan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24

Novel Teduhan Kasih


TEDUHAN KASIH | Salam w.b.t. hari ni mas nak review sikit pasal novel teduhan kasih..seperti yang kita tahu, novel ini telah pun diadatasikan menjadi sebuah cerita yang dilakonkan oleh ADI PUTRA & digandingkan dengan watak heroin oleh Sherry Ibrahim

SINOPSIS TEDUHAN KASIH-MARISSA :
“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anakny
a, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Judul : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00