10/06/15

Terima Kasih Blogger

*tiada kaitan.saja semakkan entry (dlm dewan exam petang tadi) #sejuk

Mastura Aziz | Assalamualaikum…Alhamdulillah..selesai sudah jawab first paper for final exam.. dan nak update blog sekejap. Alhamdulillah ..terima kasih kunjungan daripada rakan-rakan blog ke blog Mas…Mas akan bls kunjungan awok-awok semua..doakan Mas untuk paper seterusnya..doa kalian..amat dihargai…thanks… 

Nak Kabo ni..

Mas ada menang dari beberapa giveaway yang dianjurkan daripada blogger-blogger hok comel lotey….tetapi nya..Mas x boleh nak review lagi hadiah korang bagi kat Mas…sebab hadiah tu..Mas bg alamat dekat rumah Mas…sekarang Mas tiada di rumah..So,,,lepas exam final ni…*dalam bulan puasa, Mas akan review kesemua hadiah yang Mas peroleh daripada Penganjur-penganjur segmen dan sponsor-sponsor hok baik hati..Sekarang Mas tiada di rumah..Maaf…Orang lain dah dapat tgk dah hadiah..tapi..Mas..hehe…Hadiah masih berbungkus…duk dirumah..Tak sabau nau nak balik cuti semester ni…

Terima kasih kepada blogger-blogger yang terus support Mas dalam dunia blogger…

Semoga awak dimurahkan rezeki…dan bahagia selalu..Insyaallah ..Amin

Sekian.dulu..Wsalam



9/06/15

Novel Bila Terlajak Sayang




Novel Bila Terlajak Sayang - Umie Nadzimah | Novel ini merupakan novel sambungan kerana terpaksa aku relakan yang telah diadaptasi kepada sebuah drama.

Sinopsis Novel Bila Terlajak Sayang - Umie Nadzimah 

INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN
“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” - INDAH HALINA

“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” - TAJUL RAZIN

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang.

“Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi... Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sepenuh hati, bro.” - TAJUL FAHIN

Akhirnya Tajul Fahin masuk campur semula. Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilupakan. Tetap terkesan dalam hatinya walaupun dia cuba menidakkan perasaan itu. Jika pengorbanannya dulu tidak dihargai, tidak salah dia mengambil semula cinta itu.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka apabila tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora? Adakah kali ini mereka terpaksa melepaskan cinta mereka dan merelakan segala yang berlaku?

Judul : Bila Terlajak Sayang
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


Sekian.