3/07/15

Novel Jodohku Gadis Kampung


Jodohku Gadis Kampung | Novel ini merupakan sebuah novel karya Nieya Jalies.Diterbitkan oleh Kaki Novel. Boleh dapatkan novel ini di cawangan berhampiran kawasan anda.

Sinopsis Jodohku Gadis Kampung-nieya jalies
Salahkah dilahirkan sebagai seorang perempuan? Ayah kandung yang diharapkan dapat menumpang kasih, sedari awal telah meletakkan dirinya di tempat yang paling hina. Buat baik dianggap salah, tersilap sedikit hinaan dan makian yang diterima.

“Kalau kau hidup asyik nak menyusahkan orang lebih baik kau mati.” – Pak Latep

Biarpun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Aufa sama sekali tidak menyalahkan takdir Tuhan kerana di sisinya hadir insan-insan yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan hidup seperti ‘anak yatim’ tanpa kerelaannya sendiri.

Kehidupan mereka pada mulanya selesa kerana kakak kandungnya, Afiqah yang menyara mereka sekeluarga. Tetapi apabila kacang sudah lupakan kulit, Aufa terdesak!

Atas desakan itu, telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Majikan yang bermurah hati ingin
membantunya. Dan kerana sebaris nama ini jugalah, Aufa mula kenal erti cinta, Aufa mula rasa apa itu rindu. Malangnya, masih ada sangsi di hati Aufa apabila memikirkan usianya yang masih muda untuk berumah tangga sehinggalah lelaki itu membuktikan kesungguhannya.

“Kalau tak ada apa-apa halangan abang nak hantar rombongan meminang ke rumah Aufa hujung bulan ni. Boleh?” – Hadeef

Baru ingin merasai nikmat bahagia, rumah tangga yang baru dibina musnah begitu sahaja. Harapan yang diletakkan pada si suami hancur bersama deraian air mata. Apa salahnya? Apa dosanya? Kau pergi meninggalkan diri ini terkontang-kanting menanggung hinaan orang sekeliling.

“Aufa, kamu dah mengandung ke belum? Kalau belum selamatlah. Kalau sudah kena cari pak sangguplah jawabnya.”

Di manakah bahagia yang dicari selama ini? Adakah dia dilahirkan hanya sekadar untuk merasa derita?

“Kupegang erat ikatan ini, demi meniti titian syurgawi….”


2/07/15

Novel Pungguk Rindukan Bulan


Novel Pungguk rindukan bulan_Wanis Soffya | Salam..Hai ..Dah beli dah novel ini?kalau belum boleh dapatkannya segera di kedai-kedai buku berhampiran..Kalau malas sangat beli online ja...Hehe..Segalanya di Hujung jari.

Sinopsis Novel Pungguk rindukan bulan
Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari indahnya alam percintaan.

Jika pun cinta itu hadir, pasti banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi. Mampukah dirinya? Dan sanggupkah sang kekasih? Persoalan itu tiada jawapan dari lubuk hatinya. Yang pasti dia akan kecewa. Itu sangka hatinya. Dalam melayani kecelaruan takdir hidupnya itu, muncul Syahrain Sulaiman. Jejaka ketiga yang berusia jauh lebih matang dari dirinya cuba mendekatinya. Sedaya upaya Balkis Batrisya cuba mengelak, namun hati terpaut juga akhirnya dek keikhlasan si jejaka. Hadirnya Syahrain Sulaiman dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kekasih tetapi juga membawa sinar lain apabila dirinya disatukan semula dengan ibu bapa dan keluarganya.

Mendung yang selama ini menyelubungi hidupnya kini menghilang sebaik terbukti status sebenar dirinya yang diragui selama ini. Hidupnya bagaikan disimbahi sinaran mentari yang tiada akhirnya. Tetapi, langit yang disangkanya cerah hingga ke petang rupa-rupanya hanya seketika. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yang bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya yang baru dikenali, yang lebih dia sayangi kini. Relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lama? Tegarkan Balkis Batrisya melepaskan kekasih hati hanya kerana sayangnya dia kepada kakak yang baru dikenalinya itu?

Dapatkan novel ini segera di cawangan berhampiran anda.. 
Sekian :)