Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni genaplah 6 hari kita sudah beraya
...So, hari ini Mas nak share lah sedikit riang ria raya aidilfitri 2015 Mastura Aziz.. Masih segar dalam ingatan lagi, malam raya sibuk dengan itu dan ini.. nak tidur awal tak lepas-lepas jugak dengan kerja....Last tidur jam 2...Esok tu, kalut cari baju raya nak iron dari Mak sampai ke anak..Eceh..mana ada anak lg...Anak tu gue lah...
Selepas bersiap-siap, kelam kabut semua p Masjid..takut tak ade tempat nak solat...Lepas siap solat semua...terus pergi ke balailinting kat masjid ada makan-makan sedikit..Kemudian ikut mak jalan kaki p beraya satu kampung... First p beraya rumah orang dapat duit rayaa..Malu siot waktu tu... *kenapa masih dpt duit raya...dah besar dah ni.. selepas tu, pergi ke rumah seterusnya dan seterusnya..dah penat, call driver (abg) amik balik ke rumah..
Usai, solat zohor, rehat sebentar..Petang tu pula sambung balik p beraya rumah saudara mara pulak..Macam biasa masih dapat duit raya lagi..*wajib amik sebab pak sedara bg.. Hahahaa #Gelakjahat ...selepas tu pulang ke rumah...Raya pertama seharian tiada dirumah..Malam je ada...HahAhaha.. Sakan beraya tahun ini..
Keesokannya pula..abg-abg pakat nak beraya rumah mertua pulak..Mas & mak pula, ke Baling untuk beraya dengan adik beradik belah mak pulak..Duduk di sana selama 3 hari..Waa tak leh hidup takde air..Tak tahu kenapa air tak kuat sgt..Pagi kuat, mai tgh hari setitis setitis air turun dan terus hilang..Berturut-turut lah air takde sehingga Mas pulang pada hari isnin tu..
Kat bawah ini Gambar raya adik beradik belah mak..Maksu,Makngah, Paksu, sepupu sepapat semua ada..tapi tak lengkap kesemuanya...Act..rumah kat belakang tu rumah tok...Rumah lama..tok dah takde..Rumah tu bakal dirobohkan ASAP... untuk bina rumah baru...
Alhamdulillah..sampai juga Mas dirumah pada hari isnin tu..
Seronok duk rumah...........................................................................................................Orang lain sudah mula bekerja dan mula start sesi persekolahan..gua masih lagi bercuti panjang sehingga bulan 9 ini..Indahnya hidup....
Terima Kasih Sudi Membaca.
Tired of checking for new posts ?