26/07/15

Review :Lipstick Kiss Proof


Assalamualaikum  w.b.t. | Hari nie Mas nak share sedikit berkaitan lipstick kiss proff dan eyeliner yang Mas beli dan simpan..Di gunakan bila mood datang sahaja..Nak digayakan diluar, confident level jatuh mendadak. Ianya sesuai digayakan oleh semua golongan except lelaki dan baby.. For the first time pakai eyeliner ni macam okay sikit..Selalu macam Kak Limah...
Ini adalah hasil kedua-dua alat make up tersebut (lipstick & eyeliner)
Eyeliner ni entah jenama apa entah..Beli dekat kedai Rm2 ...Ada 4 batang dalam plastik tu..HaHaHa....*jangan ketawa sebab Mas beli untuk sesaje sahaja.. Jimat jugak...Beli lama dah..tapi masih tersemat didalam almari keempat-empat batang eyeliner ini...

Dan ini adalah lisptick kiss proof.. Mas beli online yang ini..Rm15 include postage..Beli di facebook...Ada promosi waktu tu...Tu beli..Mas beli kod 016 ... Terkejut jugak..bila pakai wow...hahahahha...Lipstick ini kalis air... Nama pn kiss Proof..kan..Ok.itu sahaja..Sekian.

22/07/15

Riang Raya Aidilfitri 2015 Mastura Aziz

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni genaplah 6 hari kita sudah beraya...So, hari ini Mas nak share lah sedikit riang ria raya aidilfitri 2015 Mastura Aziz.. Masih segar dalam ingatan lagi, malam raya sibuk dengan itu dan ini.. nak tidur awal tak lepas-lepas jugak dengan kerja....Last tidur jam 2...Esok tu,  kalut cari baju raya nak iron dari Mak sampai ke anak..Eceh..mana ada anak lg...Anak tu gue lah...

Selepas bersiap-siap, kelam kabut semua p Masjid..takut tak ade tempat nak solat...Lepas siap solat semua...terus pergi ke balailinting kat masjid ada makan-makan sedikit..Kemudian ikut mak jalan kaki p beraya satu kampung... First p beraya rumah orang dapat duit rayaa..Malu siot waktu tu... *kenapa masih dpt duit raya...dah besar dah ni.. selepas tu, pergi ke rumah seterusnya dan seterusnya..dah penat, call driver (abg) amik balik ke rumah..
Usai, solat zohor, rehat sebentar..Petang tu pula sambung balik p beraya rumah saudara mara pulak..Macam biasa masih dapat duit raya lagi..*wajib amik sebab pak sedara bg.. Hahahaa #Gelakjahat ...selepas tu pulang ke rumah...Raya pertama seharian tiada dirumah..Malam je ada...HahAhaha.. Sakan beraya tahun ini..
Keesokannya pula..abg-abg pakat nak beraya rumah mertua pulak..Mas & mak pula, ke Baling untuk beraya dengan adik beradik belah mak pulak..Duduk di sana selama 3 hari..Waa tak leh hidup takde air..Tak tahu kenapa air tak kuat sgt..Pagi kuat, mai tgh hari setitis setitis air turun dan terus hilang..Berturut-turut lah air takde sehingga Mas pulang pada hari isnin tu..
Kat bawah ini Gambar raya adik beradik belah mak..Maksu,Makngah, Paksu, sepupu sepapat semua ada..tapi tak lengkap kesemuanya...Act..rumah kat belakang tu rumah tok...Rumah lama..tok dah takde..Rumah tu bakal dirobohkan ASAP... untuk bina rumah baru...





Alhamdulillah..sampai juga Mas dirumah pada hari isnin tu.. Seronok duk rumah...........................................................................................................Orang lain sudah mula bekerja dan mula start sesi persekolahan..gua masih lagi bercuti panjang sehingga bulan 9 ini..Indahnya hidup....

Terima Kasih Sudi Membaca.